Saturday, June 6, 2015

PERATUAN  TMK  KDC  KEMAS
 AMBILAN  NOVEMBER  2012




Pameran Persatuan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi



TARIKH: 05 DISEMBER 2013

 MASA:10.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI

 TEMPAT:LOBI MENARA IPG KBM




     DIANJURKAN OLEH: 

UNIT KOKURIKULUM DENGAN KERJASAMA

KDPM KDC KEMAS AMBILAN NOV 2012


VISI
Melahirkan pelajar yang aktif, berkemahiran dan kreatif
dalam merealisasikan kecemerlangan ke arah dunia ICT.

MISI
Membina dan menguasai kemahiran dalam bidang ICT secara  professional. Memupuk minat pelajar dalam  bidang ICT Memupuk nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang baik kepada pelajar seperti bekerjasama, bertanggungjawab beretika terhadap peralatan  dan perisian ICT.Menonjolkan  dan kreativiti melalui program-program yang dijalankan

PENDAHULUAN

Pameran fotografi ini adalah salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT KDPM KDC KEMAS Ambilan November 2012. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Performa Persatuan bagi peringkat dua atau bagi semester dua pelajar IPG dan seterusnya mendedahkan pelajar kepada aktiviti berpersatuan.  Pengalaman yang di timba melalui aktiviti ini bakal diaplikasikan oleh pelajar apabila melakukan aktiviti di sekolah.

MATLAMAT
Matlamat pameran ini adalah untuk memenuhi tuntutan sukatan pelajaran atau performa persatuan bagi pelajar Semester Dua. Pengendalian aktiviti dan perancangan aktiviti serta pelaksanaan aktiviti persatuan juga merupakan kemahiran yang didedahkan dalam sukatan pelajaran persatuan.



OBJEKTIF

Di akhir pengajaran dan pembelajaran persatuan bahagian dua atau semester dua, Pelajar dijangka dapat  :

      • Merealisasikan pameran TMK bagi performa Persatuan Semester Dua.
      • Meningkatkan pengetahuan ICT dalam kalangan pelajar dalam bentuk riadah dan rekreasi
      • Meningkatkan keberanian dan keyakinan dalam diri pelajar semasa menyertai aktiviti yang disediakan
      • Melahirkan pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa menyertai aktiviti dalam kumpulan
      • Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
      • Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

MAKLUMAT PROGRAM

Jawatankuasa Induk & AJK Perlaksanaan

Penaung                     : Datin Hajjah Siti Hanifah Bt Madarsa (Pengarah IPGKBM)
Penasihat                    : En Noor Azuddin Mohd Noordin( Ketua Unit Kokurikulum IPGKBM)
Penyelaras                  : En Ahmad Taufix Bin Mahat
Pensyarah Persatuan : Cik Puan Asiah Mohammad Hashim
Pengerusi 1                 : Pn. Norshafini bt Shaiddin
Pengerusi 2                 : Pn. Wan Nor Aidah Binti Wan mohd Rahim
Setiausaha 1               : Cik. Norlida Binti Mohd Sapiai
Setiausaha 2               : Pn. Jamilah Binti Abd. Hamid
Bendahari 1                : Pn. Fauziyah binti Amir
Bendahari 2                : Pn. Rossleeza Binti Ahmad

Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana

AJK Protokol Siaraya      :  Pn. Nur Farhana llyani Binti Abdul Hadi:
                                      :  Cik Fasihah Binti Mansor
AJK Persiapan                 :  Pn. Norhayati Binti Jalil
:  Pn. Nurul Azuwa Binti Ahmad Rubiah
AJK Jamuan                             : Pn. Siti Maizatul Fozian binti Yahya
:  Pn. Sarina binti Khalid
AJK Jemputan                : Pn. Nor Mariam binti Shahrudin
:  Pn. Siti Sa’udah bt Mohd Said
AJK Hadiah                    :  Pn. Fauziyah bt Amir
:  Pn. Rosleeza bt Ahmad
AJK Kebersihan              :  Pn. Khamsiah bt Ramli
:  Pn. Nurul Asyikin bt Ahmad
Pengacara Majlis             :  Cik  Nurul Nor Ziela  bt Ahmad Fadoli
:  Pn. Liza bt Mohd Zaki


PERLEMBAGAAN PERSATUAN TEKNOLOGI  MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KDPM KDC KEMAS AMBILAN NOV 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU LEMBAH PANTAI 59990 KUALA LUMPUR PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998,Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42,No.11,Tambahan No.41, Perundangan   (A):P.U.(A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-peraturan  (Perlembagaan) Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang selepas ini disebut sebagai “persatuan” sahaja.

LOGO PERSATUAN TMK





KETERANGAN LOGO


Logo terdiri daripada satu bentuk bulat  melambangkan 
teknologi di zaman muktakhir ini tanpa sempadan dan segiempa tepat pula bermaksud maklumat boleh menerima, berkongsi data atau maklumat walaupun berada di mana-mana.


MAKSUD LOGO

Warna  Hitam  - Semangat yang tinggi dalam perjuangan
dan berdedikasi serta cekap dalam melakukan
apa jua bidang teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) pelajar KDPM KDC KEMAS Ambilan Nov
2012 khasnya dan pelajar IPGKBM amnya.

Warna Biru     – Harmoni, natural  dalam menyebarkan ilmu
teknologi maklumat dan komunikasi dengan
seluas-luasnya tanpa sempadan.

Gambar komputer -Teguh dalam menjayakan cita-cita negara
dengan menjadikan teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) sebagai landasan ke
arah kecemerlangan seantero pelusuk dunia.

Bulatan di tengah – bermaksud kepentingan persatuan pada
Institut atau pusat pengajian dalam penggunaan
medium multimedia bagi segala aktiviti serta
halatuju persatuan ke arah maju ke hadapan.


1.0   KEAHLIAH


1.1  Keahlian adalah terbuka kepada semua Warga IPGKBM                                                         sahaja tanpa mengira jantina yang telah mencapai umur 18                                                     ke atas dan berminat dengan bidang teknologi maklumat.                                                       Bilangan ahli tidak terhad. Terdapat dua jenis ahli:
A)   Ahli Tetap terbuka kepada individu yang mengikuti
Kursus Dalam Cuti khususnya pelajar-pelajar  program
KDPM KDC KEMAS AMBILAN NOV 2012 yang berumur 18 tahun ke atas berminat dengan aktiiviti Teknologi Maklumat. Mereka ini DIWAJIBKAN menjadi ahli persatuan ini.

B)      Ahli Biasa terbuka kepada Warga IPGKBM lelaki dan perempuan yang berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira jantina, agama, bangsa dan keturunan yang berminat dengan aktiviti teknologi maklumat dan komunikasi.

1.2 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh seorang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

1.3 Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli.

1.4 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan


2.0  BAYARAN MASUK , YURAN DAN BAYARAN LAIN

2.1 Bayaran masuk dan yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:

Ahli Tetap          Ahli Biasa
Yuran masuk     :  RM 10.00          RM 10.00
Yuran Tahunan  : RM  10.00         RM 10.00

2.2 Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu  dalam tempoh  tiga bulan dari awal tiap-tiap tahun.

2.3 Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari  tiga bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Persatuan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan hutangnya terlebih dahulu.

2.4 Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan bayaran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahlian terlucut disebabkan hutang.

2.5 Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli  yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam masa yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan


3.0  PEMBERHENTIAN  DAN PEMECATAN AHLI


· 3.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan, hendaklah  memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.



·  3.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantungkan keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.


4.0   MESYUARAT  AGUNG


·         4.1   Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda  jumlah Ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir didalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupkan korum untuk mesyuarat.
          
·         4.2    Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa ; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa  meminda undang-undang Persatuan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
         
·         4.3   Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah :

1.     Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Persatuan di dalam       tahun yang lalu .
2.    Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;
3.     Memilih Ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-Kira untuk  dua tahun sekali.
4.     Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat         itu.

·         4.4  Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan berserta penyata kira-kira Persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Persatuan.
  
·                        4.5  Mesyuarat Agung Khas bagi Persatuan ini boleh diadakan :
1.    Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau
2.    Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu   perlima             (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab              mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan.
3.    Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh        di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

·         4.6  Pengumuman dan agenda  untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
          
·         4.7  Fasal 8 (1) dan 8 (2) didalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli  maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.
     

5. 0  PENASIHAT / PENAUNG

5.1  Jawatankuasa boleh , jika difikirkan perlu , melantik salah seorang pensyarah-pensyarah di IPGKBM  menjadi Penasihat/Penaung bagi Persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.

5.2  Penasihat hendaklah memberikan nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan  sesuatu aktiviti.

6.0  JAWATANKUASA

6.1 Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dipilih  didalam Mesyuarat Agung Tahunan setiap dua tahun sekali:

·         Seorang Pengerusi.
·         Seorang Naib Pengerusi
·         Seorang Setiausaha
·         Seorang Penolong Setiausaha
·         Seorang Bendahari
·         7 orang Ahli Jawatankuasa Biasa ( dua dilantik oleh Pengerusi)

6.2     Pemegang-pemegang jawatan Persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Persatuan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.

6.3   Nama  untuk  jawatan di Fasal 9(1)  di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihannya dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap dua tahun sekali.

6.4   Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan  mesyuarat  agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

6.5    Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam tempoh tiga (3) bulan.Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang Ahli Jawatankuasa
bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa.Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada Ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

6.6    Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan maka  Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan Ahli-Ahli
Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:

·      Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa;
·   Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan Ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu ; dan
·         Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.
·         Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

6.7  Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai  telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.

6.8  Jika seseorang Ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga pemilihan dalam  Mesyuarat Agung Tahunan di adakan.

6.9    Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Persatuan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan  kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan.

6.1    Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan 
         memberi kewajipan khas kepada sebarang Ahli Jawatankuasa.




7           7 .0  KEWAJIPAN-KEWAJIPAN  PEGAWAI

7.1   Pengerusi dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.

7.2    Naib Pengerusiakan memangku jawatan Pengerusi dan menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.

7.3    Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Pengerusi  dan Bendahari.

7.4  Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan  Pengerusi  dan Setiausaha.

7.5   Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.



8.0       8.0     KEWANGAN

8.1   Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang  ini wang  Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan, termasuk belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

8.2  Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Persatuan.

8.3  Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi , Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa diantara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Persatuan.

8.4    Perbelanjaan yang lebih daripada RM 1000.00 (Ringgit Malaysia Seribu) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan  terlebih dahulu oleh Jawatankuasa , dan perbelanjaan yang lebih dari RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang dari  RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Seribu) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi  bersama Setiausaha dan Bendahari.

8.5   Penyata perihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 11 undang-undang  ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli ditempat urusan Persatuan.

8.6    Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember         tiap-tiap tahun.


9.0  PEMERIKSA KIRA-KIRA

9.1      Dua orang yang bukannya Pegawai Persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira Kehormat. Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.

9.2      Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka harus juga jika dikehendaki pada bila-bila  masa oleh Pengerusi mengaudit kira-kira Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.


10.0   PENGAMANAH

10.1    Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendakklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Persatuan. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap kepunyaan Persatuan dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).

10.2    Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukarkan milik harta kepunyaan Persatuan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Persatuan.

10.3    Seorang Pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatan oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada dalam negeri atau kerana sebab lain yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaan dengan memuaskan. Jika berlaku  kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah yang baharu dilantik di dalam Mesyuarat Agung.


11.0   TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

11.1    Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.

11.2    Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.


12.0    LARANGAN

12.1    Permainan yang disebutkan dibawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Persatuan : Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pau Kau, Tau Ngau, tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puloh Satu, Tiga Puloh Satu, Sepuloh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game, permainan video dan semua permainan yang bergantung  semata-mata kepada nasib.

12.2    Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawai atau  Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

13.0   KEHADIRAN/ PENYERTAAN

13.1    Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.

13.2     Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab.Tindakan membuang keahlian boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.


14.0   AKTIVITI

14.1    Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat
ahli jawatankuasa. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Penasihat dan diumumkan

kepada pengetahuan ahli.


15.0  PERATURAN-PERATURAN

15.1     Peraturan Institut adalah menjadi peraturan asas.
15.2     Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipaatuhi oleh semua ahli.
15.3     Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

16.0   TINDAKAN DISIPLIN

16.1     Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

16.2     Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
(2.1) Amaran Lisan
(2.2) Amaran Bertulis

16.3      Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Penasihat secara bertulis dan keputusan Penasihat adalah muktamad.

17.0   PINDAAN PERLEMBAGAAN

17.1     Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

17.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli  jawatankuasa, penasihat atau pentadbiran institut secara bertulis.

17.3     Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Penasihat dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

17.4     Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh  Pengarah.

18.0   PEMBUBARAN

18.1     Pengarah diberi kuasa untuk membubarkan persatuan ini jika didapati  melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

18.2     Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung tergempar.

19.0   HAL-HAL LAIN

19.1     Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

19.2      Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat



…………………..                  ……………………….                       …………………….
(                                 )          (                                   )                 (                               )
Setiausaha Persatuan          Pengerusi Persatuan                      Penasihat Persatuan



1.0   PENGENALAN KONSEP / TEORI

1.1   DEFINASI

Aktiviti kokurikulum sebenarnya telah lama diperkenalkan dan dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara ini,iaitu sejak zaman penjajahan lagi.Aktiviti kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang.Gerakerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas.

           Oleh itu,aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam kelas.Gerakerja kokurikulum dikelompokkan kepada 3 kumpulan iaitu:

A.Unit Badan Beruniform
B.Persatuan/Kelab
C.Sukan/Permainan

1.2   KONSEP/TEORI

Aktiviti kokurikulum merupakan kegiatan yang dirancang atas lanjutan dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan memberi murid peluang untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,kemahiran dan nilai yang telah dipelajari dalam bilik darjah.

Kokurikulum juga merupakan satu bidang pembelajaran yang berasaskan kepelbagaian gerak kerja terancang dan perlu dilakukan dalam masa persekolahan.Ini bermakna kurikulum dan kokurikulum adalah saling lemgkap melengkapi bagi menghasilkan insan yang seimbang dalam aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek selaras dengan Dasar

Pembangunan Pendidikan 2001-2010.Dasar ini juga dinyatakan dalam Kurikulum Kebangsaan 1997 iaitu,“Kurikulum Kebangsaan ialah satu program pendidikan yang termasuk dalam kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,kemahiran,norma,nilai,unsur kebudayaan dan kepercayan,untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,rohani,mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

      Sebagai satu bidang pendidikan,penglibatan semua murid dan anggota mansyarakat adalah perlu.Bahawa semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan sahsiah yang bersepadu.


1.3    CIRI-CIRI

1-         Dapat meningkatkan dan memperkukuhkan disiplin murid kea rah pembinaan sahsiah yang bersepadu.

2-         Menyedari dan memahami kepentingan dan faedah pengetahuan dan kemahiran bagi diri sendiri.

3-         Berusaha mencari dan memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran baru.

4-         Menghayati dan mengamalkan gaya hidup sihat.


2.0    IDENTITI  PERSATUAN

2.1    Logo

6.0   MOTO

DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN


3.0   SISTEM FAIL

3.1   FAIL

Fail merupakan salah satu folder atau beg untuk menyimpan segala surat-surat atau dokumen-dokumen yang penting.Fail ini perlu juga diberi nama atau tajuk dan kadangkala diberi nombor panggilan supaya mudah di susun atau dirujuk kemudian hari.Seseorang setiausaha atau pengurus di sesebuah pejabat haruslah mahir dalam penyusunan fail pejabat dan setiap penerimaan atau pengeluaran surat  dari pejabat mesti ada satu salinan tersimpan dalam fail.

Objektif  failing ialah memperkenalkan prinsip-prinsip,teknik moden dan tatacara di dalam pengerusan fail dan rekod organisasi bagi meningkatkan produktiviti dan menguruskan fail dan rekod secara efektif dan berkesan.

3.2    Sistem fail

Sistem fail adalah proses menyimpan segala rekod  dan dokumen untuk simpanan
selamat atau rantaian aktiviti yang telah dijalankan dari bermula hingga tamat aktiviti.Sistem fail juga satu proses klasifikasi,penyusunan,penyimpanan dan pelupusan rekod supaya mudah diperolehi dengan cepat dikehendaki.Sistem ini juga dapat menambah kecekapan pentadbiran dan juga pengurusan sesebuah persatuan.

3.3   Faedah sistem fail yang baik  .

        Faedah sistem fail yang baik akan membolehkan  pengesanan dan pengeluaran fail dengan segera. Dengan ini pengeluaran fail dengan segera,sesuatu maklumat dapat diperolehi dengan segera serta tindakan dapat diambil dengan segera.Keadaan ini dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran serta member kepuasan kepada pelangan.

3.4   Penyimpanan dan pengedaran fail.

Penyimpanan fail

Fail hendaklah disimpan di bilik rekod dengan menggunakan rak yang sesuai dan hendaklah dilebelkan bagi memudahkan pengesahan fail.Fail terperingkat pula hendaklah disimpan dalam cabinet berpunci yang berpalang.Rak bergerak yang berkunci  atau bilik kebal sesuai dengan arahan keselamatan.Pergerakan fail hendaklah direkodkan.
Pengedaran fail.

Surat yang hendak diedarkan bersama-sama failnya.Ketua-ketua
Jabatan memastikan prosedur-prosedur berikut hendak dipenuhi oleh semua kakitangan.:

1.         Masukkan surat –surat yang diterima ke dalam fail.
2.         Kertas minit adalah pentng baik mencatat segala arahan dan keputusan berhubung sesuatu perkara.
3.         Rekodkan pada kertas minit bagi surat
masuk.
4.         Rekodkan pada kertas Minit tindakan kerja,nama pegawai dan tarikh.
5.         Pergerakan fail hendaklah di rekodkan bagi memudahkan pengawalan dan pengesanan fail.
6.         Mengedarkan fail berkenan kepada pegawai yang dipertanggunjawabkan untuk  menguruskan surat tersebut. (berdasarkan kenyataan pada kertas minit).
7.         Catatatkan pada kertas minit jika ada surat jawapan yang dikeluarkan untuk menguruskan surat yang masuk.
8.         Terima baik fail daripada pegawai berkenaan.

Fail-fail yang mempunyai pengkelasan keselamatan hendaklah diuruskan dengan cara yang berlainan daripada fail-fail Terbuka/ Terhad.Pengedaran hendaklah digunakan beg berkunci dan kuncinya dipegang oleh pegawai yang berkaitan dengan urusan tersebut


4.0    
PENGURUSAN KEWANGAN KELAB DAN PERSATUAN

4.1 PENGENALAN

Pengurusan Kewangan adalah satu perkara utama dan paling penting dalam sesebuah kelab atau persatuan yang tidak bermotifkan kepada keuntungan semata mata. Tujuan utamanya ialah memberi faedah dan kemudahan rekreasi aktiviti yang dijalankan. Dalam mesyuarat agung tahunan, laporan kewangan tahunan organisasi haruslah dibentangkan kepada ahli dan satu salinan haruslah diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan.Tanpa  pengurusan  kewangan  yang  baik dan sempurna maka perjalanan persatuan atau kelab berkenaan akan pincang dan akhirnya terus berkubur.


5.2    SUMBER – SUMBER HASIL

Sumber utama hasil kelab dan persatuan adalah daripada yuran pendaftaran dan yuran tahunan dari setiap ahlinya. Selain daripada itu sumber kewangan yang boleh diperolehi ialah akaun wang SUWA, tajaan, kutipan, dan sumbangan pihak luar dan usaha ahli.

5.2.1   Akaun yuran
Akaun Sumbangan Wang Asing atau lebih dikenali sebagai akaun SUWA.
Akaun ini bukan dari peruntukan Kementerian Pendidikan tetapi sumber
akaun wang SUWA adalah dari kutipan, yuran ahli, derma dan sumbangan
lain. Wang ini boleh digunakan bagi perbelanjaan kepada aktiviti kokurikulum.

5.2.2    Tajaan
Tajaan daripada syarikat – syarikat bagi menampung perbelanjaan aktiviti kokurikulum dan pertandingan. Contoh tajaan adalah sumber kewangan dan
tajaan hadiah.

5.2.3   Kutipan derma dan sumbangan pihak luar

Cara lain yang boleh dianjurkan oleh pihak persatuan ialah melalui kutipan derma dan sumbangan pihak luar. Cara memohon sumbangan ini seperti membuat surat rayuan, membuat jualan amal dan mengadakan aktiviti Jogathon.

5.2.4  Usaha ahli
Ahli persatuan boleh berusaha mencari sumber kewangan bagi melaksanakan
aktiviti kokurikulum seperti menjual makanan, menjual baju terpakai, menjual surat khabar lama dan lain – lain lagi.

6.0 .   AKAUN YURAN

Akaun Yuran                                                        Perbelanjaaan
Baki  b/b                                           XX

Pendapatan Dan Pendapatan         XX

Baki h/b                                             XX

Baki b/b                                             XX
Baki     b/b                                X

Bank /Tunai                               XX

Baki   h/b                                    X

Baki                                            XX

Baki b/b                                      X

6.1   AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN

DEBIT                                                              KREDIT
PENERIMAAN
RM
PEMBAYARAN
RM

Baki wang pada awal tahun

Yuran dari ahli – ahli

Derma

Pulangan Yuran Ahli
Yuran kepada Ibu Pejabat
Perbelanjaan Pejabat
Alat tulis dan cetak
Belanjaan Pos
Keraian
Iklan
Baki pada akhir tahun
(i)            Wang tunai dalam                      tangan
(ii)          Wang tunai dalam bank


Tandatangan :                                                         Tandatangan :

Nama :                                                                      Nama :

Jawatan  :                                                                 Jawatan :

6.3    AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

DEBIT                                                          KREDIT
PENDAPATAN
TUNAI
BANK
PERBELANJAAN
TUNAI
BANK
Baki bawa hadapan
RM    0.00
RM 50.00
Pembelian Bahan Mentah
RM 200.00
Yuran keahlian
RM120.00
Yuran tahunan
RM120.00
BAKI:
RM40.00
JUMLAH BESAR
RM240.00
RM 50.00
JUMLAH BESAR
RM240.00
RM 50.00


6.4     Kunci kira-kira  .

Penyata menunjukkan kedudukan sebenar kewangan sesebuah persatuan.
Ianya juga menunjukkan harta dan hutang sebenar kewangan sesebuah persatuan.

AKAUN KEWANGAN PERSATUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

AKAUN YURAN

Akaun Yuran                                                        Perbelanjaan

Baki b/b                          RM      0.00

Pendapatan dan
Perbelanjaan                  RM  220.00

Baki h/b                          RM  120.00

Baki b/b                          RM  120.00


   Baki b/b                        RM      0.00

   Bank / Tunai                RM  340.00

Baki h/b                       RM       0.00


baki b/b                       RM  120.00


AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN

DEBIT                                                              KREDIT
PENERIMAAN
RM
PEMBAYARAN
RM
Baki wang pada awal tahun

Yuran dari ahli – ahli

Derma

Pulangan Yuran Ahli
0.00

240.00

100.00

0.00
Yuran kepada Ibu Pejabat
Perbelanjaan Pejabat
Alat tulis dan cetak
Belanjaan Pos
Keraian
Iklan
Baki pada akhir tahun
(i)            Wang tunai dalam tangan
(ii)          Wang tunai dalam bank

50.00
50.00
80.00

20.00
10.00

10.00

120.00


50.00

Tandatangan :                                                         Tandatangan :
Nama :                                                                      Nama :
Jawatan :                                                                  Jawatan :


AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

DEBIT                                                                        KREDIT
PENDAPATAN
TUNAI
BANK
PERBELANJAAN
TUNAI
BANK
Baki bawa hadapan
0.00
50.00
Yuran kepada Ibu Pejabat
50.00
Yuran keahlian
120.00
Perbelanjaan Pejabat
50.00
Yuran tahunan
120.00
Alat tulis dan cetak
80.00
Derma
100.00
Belanja Pos
20.00
Keraian
10.00
Iklan
10.00
BAKI:
120.00
JUMLAH BESAR
240.00
50.00
JUMLAH BESAR
240.00
50.00





7.0   
PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT

7.1  PENGENALAN

         Pengurusan mesyuarat bermaksud komunikasi formal yang dilakukan dalam sesuatu pertubuhan dengan bertujuan membuat sesuatu keputusan atau menyelesaikan sebarang masalah berbangkit.   Mesyuarat yang sah harus dihadiri dengan sebilangan ahli pertubuhan.di mana di peruntukkan dalam tataurusan persatuannya.Mesyuarat yang gagal mencapai kehadirian ahlinya , akan dianggap tidak sah dan sebarang keputusan yang dicapai tidak boleh dianggap sebagai keputusan yang  mewakili pertubuhan berkenaan.

7.2 DEFINISI PENGURUSAN MESYUARAT

Terdapat beberapa definisi tentang pengurusan mesyuarat antaranya,mesyuarat ditakrifkan sebagai perundingan sesuatu dalam mencapai keputusan dan membolehkan urusan lain berjalan dengan lancar.Ianya dapat memudahkan segala urusan yang telah di rancang,kerana di dalam mesyuarat melibatkan lebih daripada seorang individu dan pelbagai idea serta keputusan dapat di capai.Mengikut Noresah Baharom(2000) mendefinisikan mesyuarat sebagai "perundingan untuk membicarakan sesuatu atau mencapai sesuatu keputusan,dan perbicaraan.  Selain itu,mesyuarat juga didefinisikan sebagai satu perhimpunan kumpulan bagi sesebuah pertubuhan yang menggabungkan idea untuk mencapai sesuatu matlamat,matlamat yang hendak di capai kebanyakannya dalam keadaan yang kompleks dan faktor inilah yang menyebabkan mesyuarat perlu di laksanakan.

        
Secara kesimpulannya,dapat dijelaskan bahawa mesyuarat dapat ditafsirkan sebagai perjumpaan ramai untuk berbincang dan mencapai sesuatu keputusan.Dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diberi,idea yang bernas akan diperolehi daripada perbincangan dalam mesyuarat bersebut. Mesyuarat juga suatu bentuk komunikasi dua hala antara individu dalam situasi formal bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah yang berbangkit.

7.3  CIRI-CIRI MESYUARAT BERKUALITI

Mesyuarat merupakan perbincangan yang memliki ciri-ciri mesyuarat yang berkualiti seperti :

1.                 Mesyuarat harus diadakan dan dikawal oleh seorang pengerusi.
2.                 Lazimnya.pengerusi mesyuarat pada masa yang sama merupakan pengerusi dalam pertubuhan.3
3.       Semua orang yang harus menghadiri mesyuarat akan dipanggil oleh seorang setiausaha.
4.                  Pada lazimnya , bagi mesyuarat yang penting, notis  akan dihantar kepada mereka yang  terlibat dua minggu sebelum mesyuarat diadakan.
5.                 Perkara-perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat harus dicatat secara hitam putih  oleh setiausaha.
6.                 Mesyuarat harus dijalankan menurut tatacara mesyuarat  dan agendanya.

     Jenis –jenis mesyuarat

· Mesyuarat  Agung Tahunan
· Mesyuarat  Luar Biasa Tergempar
· Mesyuarat Jawatankuasa Kerj
· Mesyuarat Jawatankuasa Kecil/Biro

7.4       PERANAN PENGERUSI,  SETIAUSAHA  DAN AHLI  MESYUARAT

7.4.1    PERANAN PENGERUSI


  • Sebagai pemimpin, Pengerusi memainkan peranan penting dalam sesebuah persatuan.Beliau akan menjadi penggerak, teras dan sumber ilham serta memberi nafas baru terhadap kemajuan perjalanan dan perkembangan persatuannya. Antara lain tanggungjawab Pengerusi  adalah:
  • Mestilah bersedia berbakti, mengambil tindakan serta bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang berbangkit dengan adil dan berkesan. Pengerusi juga harus kreatif dan mempunyai kebolehan dalam menyelesaikan masalah.

  • Bertanggungjawab menjayakan aktiviti persatuannya dan berperanan melaporkan kepada Penaung atau Penasihat. Juga memastikan jentera pentadbiran persatuan tidak menyeleweng dari dasar asal.

  • Dapat menyatukan semua ahli jawatankuasa dan ahli-ahli persatuan dalam semua aspek.
  • Mempengerusikan semua mesyuarat agung dan mesyuarat ahli jawatankuasa, menguruskan pembahagian tugas ahli-ahli jawatankuasa serta menyelaraskan semua tugas dan kegiatan persatuan.
  •  
  • Membuat penilaian, perancangan, dan menggubal dasar persatuan dari masa ke semasa agar pengurusan persatuan berjalan dengan lancar dan sempurna.
7.4.2 PERANAN SETIAUSAHA

Merupakan teras dan teraju persatuan dan sebagai nadi bagi menggerakkan sesebuah persatuan.Umumnya beliau merupakan seorang yang berdedikasi, bertanggungjawab dan berupaya memikul tugas yang berat dan mencabar. Antara lain peranan Setiausaha adalah:
  • Menghidupkan dan memberi nafas baru kepada pertubuhan yang dianggotainya.
  • Menjaga urusan jentera pentadbiran dan pengurusan persatuan.
  • Berkewajipan menyelaraskan semua kegiatan dan projek yang dirancang.
  • Bertanggungjawab dalam menyediakan minit, notis, agenda dan pelbagai laporan.
  • Menguruskan surat menyurat, sistem fail, buku, stok alatulis, pekeliling dan sebagainya.
  • Menguruskan tempahan dewan untuk mesyuarat, dan menyediakan pelbagai borang yang berkaitan dengan tugasnya.
  • Hadir dalam setiap mesyuarat untuk mencatat minit dan jika tidak dapat hadir, tugas dilaksanakan oleh Penolong Setiausaha.
  • Menandatangani semua cek dan baucer selain Presiden/YDP dan Bendahari.
  • Menyediakan Laporan Mesyuarat / Mesyuarat Agung

7.4.3 PERANAN AHLI JAWATANKUASA

         Pemilihan Ahli Jawatankuasa biasanya dibuat dalam mesyuarat agung tahunan. Tugas mereka antara lain:

  • Menghadiri semua mesyuarat persatuan.
  • Menerima dan melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.
  • Menyumbangkan idea, pendapat dan tenaga untuk menjayakan rancangan atau projek yang telah ditetapkan oleh persatuan.
  • Boleh melantik ahli-ahli jawatankuasa kecil jika dirasakan perlu.Bersama-sama bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang telah dipersetujui dalam sesuatu mesyuarat
Ahli jawatankuasa biasanya akan dijemput menghadiri mesyuarat dengan notis sekurang-kurangnya dua minggu dari tarikh mesyuarat. Seseorang ahli jawatankuasa yang tidak hadir mesyuarat tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan boleh dianggap sebagai telah meletak jawatan sebagai ahli jawatankuasa dan tindakan yang sah boleh diambil (jika perlu). Jika ada ahli jawatankuasa yang meninggal dunia, maka lantikan baru boleh dibuat.

8.0  PROSES MENGENDALIKAN MESYUARAT

Proses mengendalikan mesyuarat,  di dalam pengurusan mesyuarat,terdapat tiga proses untuk mengendalikan mesyuarat iaitu pramesyuarat,pelaksanaan mesyuarat dan pasca mesyuarat.

Pramesyuarat:

      Sebelum sesebuah organisasi memulakan mesyuarat,terdapat beberapa persediaan yang perlu dibuat seperti mengadakan perbincangan.dalam hal ini,setiausaha perlu berbincang dengan pengerusi mengenai beberapa perkara,antaranya menentukan tarikh untuk mengadakan mesyuarat,masa yang akan berlangsungnya mesyuarat,tempat untuk mengadakan mesyuarat dan agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

      Selain itu, sebelum memulakan mesyuarat setiausaha perlu memastikan persediaan kemudahan yang akan digunakan semasa mesyuarat bermula.Antaranya seperti tempahan tempat atau lokasi untuk bermesyuarat.Pastikan bilik yang ditempah berada dalam keadaan yang baik,kemas dan sedia untuk digunakan.Selain daripada tempahan bilik,setiausaha perlu membuat tempahan jadual ringan. Apabila selesai membuat tempahan,setiausaha perlu mengedar surat panggilan surat kepada ahli-ahli yang terlibat.Dalam hal ini,setiausaha perlu memastikan ahli-ahli mesyuarat menerima surat jemputan dalam tempoh 10 hari sebelum mesyuarat.

PELAKSANAAN MESYUARAT:

Pengerusi sebagai individu yang memainkan peranan utama dalam sesuatu mesyuarat.Selain itu,peranan mesyuarat adalah dengan mempunyai individu-individu seperti setiausaha dan ahli mesyuarat.Ini adalah individu yang penting dalam sesebuah organisasi yang ingin melaksanaan mesyuarat.

PASCA MESYUARAT:

Selepas mesyuarat selesai,tugas setiausaha ialah menyediakan draf minit mesyuarat untuk kelulusan pengerusi.Draf ini ini hendaklah dikemukakan tidak lewat dari tiga hari selepas tarikh mesyuarat diadakan.Selepas itu,minit mesyuarat yang telah diluluskan oleh pengerusi hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli mesyuarat tidak lewat dari satu minggu selepas tarikh mesyuarat diadakan.

9.0       SURAT MENYURAT

9.1 PANDUAN MENULIS SURAT RASMI

Surat rasmi mestilah jelas isinya iaitu tidak menelirukan sesiapa yang membacanya.
Perlu di tulis atas kertas rasmi yang dicetak nama dan alamat organisasi atau alamat dan nama penulis.

         Memulakan surat dengan ungkapan berdasarkan tujuan srat dtulis.
Kata-kata hormat seperti tuan/puan  dan diakhiri dengan saya yang menurut perintah.

CONTOH SURAT RASMI

Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59200 Lembah Pantai
Kuala Lumpur


Yang Berbahagia,
Datin Siti Hanifah Binti Madarsa
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59200 Lembah Pantai
Kuala Lumpur                                                                      Tarikh : 17 September 2013

Yang Berbahagia Datin,

MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN PAMERAN  FOTOGRAFI

Dengan segala hormatnya, saya sebagai setiausaha Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu ingin meminta kebenaran Yang Berbahagia Datin untuk mengadakan pameran Fotografi pada 5 Disember 2013.

2.         Pameran tersebut akan bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

3.         Sehubungan dengan itu juga, saya ingin mengundang Yang Berbahagia Datin untuk merasmikan pameran tersebut.

Saya berharap agar Yang Berbahagia Datin tidak menghampakan pihak kami. Atas kesudian Yang Berbahagia Datin untuk menghadiri majlis perasmian ini, saya ucapkan terima kasih. Sekian .

Yang menjalankan tugas

.........................................
(NORLIDA BT MOHD SAPIAI)
Setiausaha
Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

9.2 PENANDA WACANA DALAM SURAT RASMI

Penanda wacana merupakan ungkapan yang digunakan dalam surat rasmi bagi menerangkan sesuatu kandungan surat supaya lebih bermakna atau signifikan.

1.  Penanda Rujukan :
Pada kebiasaannya ungkapan ini digunakan pada awal ayat atau perenggan pertama.
Contoh :
a) Dengan hormatnya, saya merujuk tentang perkara diatas dan memaklumkan .........
.
2.  Penanda Matlamat :
Ungkapan yang menunjukkan matlamat atau tujuan yang hendak dicapai.
Contoh :
a) Untuk makluman tuan .................

3. Penanda Antisipasi :
Ungkapan ini biasanya digunakan pada akhir surat yang berkaitan dengan penghargaan dan sebab musabab.
Contoh :
a) Atas kerjasama tuan itu, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

4. Penanda Penamat :
Ungkapan yang memberi isyarat akan berakhirnya isi surat.
Contoh :
a) Sekian terima kasih

5. Penanda Akuan atau Rujukan Diri :
Ungkapan ini hendaklah bersesuaian dengan tujuan menulis surat, situasi pengirim dan hubungannya dengan penerima.
Contoh :
a)    Saya yang menurut perintah



9.3 SAPAAN

Sapaan yang diberikan adalah yang berkaitan dengan majlis rasmi dan surat rasmi. Sapaan melibatkan panggilan seperti yang berikut :

Rujukan Kehormat
Bil
Jawatan
Rujukan Kehormat Penyandang
Rujukan Kehormat untuk isteri
1.
Datuk / Dato ’/ Datin
Yang Berbahagia
Yang Berbahagia


9.4 PROSEDUR PENERIMAAN DAN PENDAFTARAN SURAT

Surat-surat rasmi terbahagi kepada 3 jenis, iaitu :
1. Surat-surat Terperingkat dan Surat untuk Perhatian Pengerusi
2. Surat Umum yang Dialamatkan Kepada Pengerusi
3. Surat-surat untuk Tindakan Segera/ Serta Merta.


10.       PROTOKOL DAN ETIKA

10.1 PENGENALAN

Protokol merupakan suatu susunan keutamaan dalam pangkat dan status dan prosedur yang betul dalam pertukaran diplomatik dan dalam upacara-upacara negara. Ia juga suatu draf permulaan atau memorandum suatu dokumen diplomatik. Protokol juga adalah rumusan rasmi dipermulaan dan akhir sesebuah piagam. Menurut Kamus Dewan, protokol bermaksud bahawa surat-surat rasmi berkenaan keputusan perundingan. Ia juga meliputi peraturan-peraturan dalam istiadat rasmi. Protokol juga merupakan surat asal berkenaan dengan sesuatu persetujuann dalam persediaan untuk sesuatu perjanjian yang meliputi budi pekerti, peraturan-peraturan dalam istiadat rasmi.

          Amalan protokol dalam sesuatu majlis bertujuan menetapkan penghormatan yang diberikankepada seseorang tetamu dan para jemputan, disamping menetapkan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis. Kesempurnaan majlis yang dianjurkan akan mencerminkan atau melambangkan kreativiti, kredibiliti dan keupayaan sesebuah agensi tersebut menganjurkan sesuatu majlis.

10.2 MAJLIS RASMI

Majlis Pameran Fotografi anjuran Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi KDPM KDC Kemas Ambilan November 2012 ini merupakan majlis rasmi. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datin Siti Hanifah binti Madarsa, Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai. Pameran TMK ini turut dihadiri oleh Encik Noor Azuddin bin Mohd Noordin, Ketua Unit Kokurikulum IPGKBM dan pensyarah merangkap penasihat persatuan iaitu Encik Ahmad Taufix bin Mahat dan Cik Asiah binti Mohd Hashim serta pelajar-pelajar KDPM KDC Kemas Ambilan November 2011.

10.3  SUSUNAN TEMPAT DUDUK

Dalam majlis rasmi seperti ini, susunan tempat duduk mesti mematuhi susunan keutamaan yang diwartakan. Semasa majlis pameran ini diadakan, susunan tempat duduk adalah seperti berikut :

  • Pentas Acara
  • Rostrum
  • Pengerusi
  • Persatuan Tetamu Tetamu khas kedua
  • Khas  Encik Noor Azuddin
  • Utama YB Datin Siti Hanifah
  • Tetamu Tetamu Pelajar
  • Pelajar Pelajar
  • Pelajar
  • Susunan Tempat Duduk Majlis Pameran
  • Pintu masuk
10.4  SUSUNAN BENDERA

Bendera Malaysia, Bendera Negeri, Bendera IPGKBM dan Bendera Persatuan dikibarkan bersama-sama dalam majlis tersebut Susunan bendera semasa majlis pameran ini diadakan adalah seperti berikut :
Bendera IPGKBM Bendera Negeri Bendera Malaysia Bendera Persatuan


10.5  SAPAAN DALAM MAJLIS

Semasa malis pameran berlangsung Bahasa sapaan yang digunakan adalah; :
1.         Yang Berbahagia – Datin Siti Hanifah binti Madarsa
2.         Encik- Noor Azuddin bin Mohd Noordin, Taufix bin Mahat
3.         Cik – Asiah binti Mohd Hashim
4.         Pelajar – saudara/saudari


10.6 PENYEDIAAN ATURCARA MAJLIS

Tujuan penyediaan aturcara majlis ditulis adalah sebagai panduan untuk ahli         jawatan kuasa mengendalikan majlis pameran dengan lancar dan licin mengikut     lunas-lunas protocol yang diterima. Ia juga bertujuan bagi mengawal masa majlis supaya tidak melebihi masa yang dirancangkan. Aturcara majlis yang dirancang pada hari pameran diadakan adalah seperti berikut :

Aturcara Majlis

10.30 pagi    :               Pelajar mengambil tempat

11.00 pagi    :               Ketibaan jemputan  Ketibaan Pengarah IPGKBM
(Datin Siti Hanifah binti Madarsa)

11.05 pagi                    Lagu Negaraku
Bacaan Doa
Ucapan Pengerusi Persatuan  KDPM KDC Kemas Amb Nov. 2012
Ucapan Pengarah IPGKBM ( Datin Siti Hanifah binti Madarsa )
Gimik Pelancaran
Persembahan Multimedia
Penyampaian Hadiah dan Cenderahati

12.00 tengahari :          Lagu Guru Malaysia dan Lagu IPGKBM
Lawatan ke tempat pameran
Jamuan
Bersurai

11     ISTIADAT BENDERA

11.1   PENGENALAN

MENGHORMATI BENDERA

Matlamat untuk mencapai ketaatsetiaan rakyat kepada Negara adalahmelaluiamalan-amalan ketika menyanyikan lagukebangsaan dan lagu negeri.Ketika menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu negeri pemimpin perlu memastikan setiap ahli-ahli berdiri tegak, tidak dibenarkan bermain-main atau bersambil lewa .Perkara ini perlu ditekankan kerana perkara tersebut melambangkan ketaatsetiaan kepada Negara samaada bendera Malaysia atau bendera-bendera yang lain.

LATIHAN ISTIADAT BENDERA

Pemimpin bertanggungjawab melatih ahli-ahli cara mengibarkan bendera. Perlu memastikan bendera yang hendak dikibarkanakan terkibar ketika istiadat sedang dijalankan. Pemimpi perlu melatih ahli-ahli cara melipat bendera dan mengikatnya supayamudah berkibar apabilatalinya ditarik dari bawah. Semasa menarik, menurun dan membawa bendera mestilah dilaksanakan dengan sempurna.JANGAN mengibarkan bendera   secara terbalik terrutama ketika perhimpunan pagi.

TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN BAGI MELAKSANAKAN ISTIADAT BENDERA

Perkara yang dipertanggungjawabkan :

1.                  Pastikan semua ahli telah bersedia berdiri di hadapan tiang bendera dengan senyap dan  berdiri tegak.

2.        Pemimpin tentukan ahli yang bertugas menjalankan tugas masing-masing semasa istiadat bendera.

3.        Pemimpin tentukan ketua di kalangan ahli untuk member arahan dan pastikan ahli yang bertugas menarik tali pada tiang bendera member hormat setelah bendera dikibarkan.

PERKARA YANG PEMIMPIN PERLU DITEGASKAN SEMASA ISTIADAT BENDERA

1.                 Di larang bercakap-cakap, mengusik-usik, ketawa dan sebagainya.

2.                 Memberi hormat dengan cara yang betul dan bukan  bersambil lewa.

3.                 Setiap ahli perlu memakai pakaian rasmi.

4.                 Pemimpin-pemimpin berada 3 langkah dibelakang tiang bendera. Cara susunan berdiri perlu mengikut pangkat atau senior jawatan dari kanan ke kiri. Guru bertugas atau pelajar bertugas perlu berdiri 3 langkah ke kiri tiang bendera kerana beliau akan memberi arahan.

5.                 Jika istiadat bendera itu dibuat dengan bendera maka nyanyian lagu Negaraku diiringi dengan bendera kebangsaan, nyanyian lagu negeri dilakukan apabila bendera negeri dinaikkan.

TUJUAN MENGADAKAN ISTIADAT PENGIBARAN BENDERA

1.                  Menepati masa dalam berkumpul mengikut sekawan.

2.                 Menghormati bendera dengan menyanyi lagu  kebangsaan dan negeri dengan mengikut 

rentak dan nada yang betul serta bersemangat.

3.        Mendisplinkan diri dengan berdiri   tegak ketika upacara istiadat bendera itu sedang 

dijalankan.

11.2  SUSUNAN DAN KEDUDUKAN BENDERA

SUSUNAN BENDERA MENGIKUT PROTOKOL

Keutamaan
Malaysia / Negeri / Wilayah
1
Malaysia
2
Pahang
3
Terengganu
4
Perlis
5
Selangor
6
Negeri Sembilan
7
Johor
8
Kelantan
9
Perak
10
Kedah
11
Pulau Pinang
12
Melaka
13
Sabah
14
Sarawak
15
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
16
Wilayah Persekutuan Labuan
17
Wilayah Persekutuan Putrajaya



11.2 SUSUNAN DAN KEDUDUKAN BENDERA MALAYSIA APABILA

DIKIBARKAN

Susunan dan kedudukan bendera adalah bergantung kepada di mana bendera-bendera tersebut hendak dikibarkan atau dihamparkan.Susunan yang biasa dibuat ialah:-


(i)  Susunan di luar dan di dalam bangunan

(a) Susunan Pada Hari Biasa dan Hari-Hari Kebesaran Persekutuan
Jika hanya dua bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang di adakan dalam negeri, maka susunannya ialah seperti berikut:-

Jika tiga bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang diadakan dalam negeri,kata susunan bendera dalah seperi berikut:



Rajah 6: Susunan Bagi Tiga Tiang Bendera

(b) Susunan Pada Hari-Hari Kebesaran Negeri

Jika hanya dua  bendera dikibarkan pada majlis  peringkat negeri di negeri yang berkenaan, maka susunannya adalah seperti berikut:

Rajah 7: Susunan Bagi DuaTiang Bendera

Jika tiga bendera dikibarkan di majlis peringkat negeri di negeri, maka susunannya ialah seperti berikut:

Rajah 8: Susunan Bagi Tiga Tiang Bendera

SUSUNAN BENDERA DI INSTITUT PENDIDKAN GURU KAMPUS
BAHASAMELAYU
IPG                        IPGKBM



12.    PENGURUSAN PAMERAN

12.1  SUSUN LETAK


---------------------------------------                                      -----------------------------
--------------------------------------                                        ----------------------------
---------------------------------------                                       -----------------------------
---------------------------------------                                       -----------------------------




PETUNJUK:
=  Pintu utama

=  Sambutan

=  RuangPameran

=  Ruang  Pameran  Utama

=  Kerusi tetamu dan kerusi VIP

=  Pentas Pengacaraan Majlis

                           =  Pentas VIP Berucap

=  Ruang Multimedia

=  Ruang Pancaran  Multimedia




12.2  PENGURUSAN SEBELUM  SEMASA DAN SELEPAS MAJLIS

BIL
SEBELUM
SEMASA
SELEPAS
1.
Penubuhan AhliJawatankuasa
Protokol
Pembersihan tempat pameran
2.
Mesyuarat
Sambutan VIP
Folio
3.
Surat menyurat
Susunatur
Refleksi
4.
Jemputan
Pameran
5.
Persiapan tempat
6Perasmian
5.
Penyampaian hadiah
7.
Jamuan VIP

Nama             :  Norshafini Binti Shaiddin
No Matrik       :  2012240009
JK-                 :  Pengerusi Program

Pada 5 Disember 2013, kami kumpulan KDPM KDC KEMAS Ambilan November 2012 telah di pertanggungjawabkan untuk mengadakan program  “Pameran Fotografi” antara KDPM 2012 bersama KDPM 2011. Bagi kumpulan kami tajuk fotografi yang dipilih bertemakan Flora dan Fauna, pelbagai  hasil fotografi yang dapat dipamerkan semasa program berlangsung.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu,Datin Siti Hanifah Binti Madarsa. Pelbagai nasihat yang yang diberikan oleh Datin kepada kami khususnya sebagai seorang guru. Program ini telah berlangsung selama 1 minggu. Sebelum pameran berlangsung,kami telah melantik jawatankuasa bagi melancarkan program tersebut. Semasa mesyuarat kali pertama,kami telah melantik Ahli jawatankuasa dan saya telah dipilih oleh rakan-rakan  sebagai  Pengerusi  Program Pameran Fotografi ini.

Pada mulanya saya agak ragu-ragu dan tidak yakin untuk mengendalikan program, akan tetapi sokongan dari rakan banyak membantu. Tugas pertama sebagai pengerusi adalah mengetuai jawatankuasa untuk merancang pelaksanaan program mengikut perlembagaan. Tugas ini amat sukar kerana saya perlu menjadi ketua kepada rakan-rakan yang lebih berumur dari saya serta pengalaman mereka yang lebih banyak.

Tugas kedua sebagai pengerusi saya perlu  mengurus dan mentadbir persatuan dan  setiap AJK melaksanakan tugas masing-masing serta berhubung rapat dengan pensyarah pembimbing . selain itu, saya juga bertanggungjawab untuk melaksanakan keputusan mesyuarat jawatankuasa kerja.  Mesyuarat yang telah dilakukan sebanyak 2 kali secara rasmi dan beberapa kali secara tidak rasmi bagi menyelesaikan permasalahan AJK untuk melancarkan program tersebut. Disamping itu, sebelum program berlangsung,saya telah mengadakan mesyuarat agung persatuan bersama pensyarah pembimbing.

       Tugas lain sebagai pengerusi program saya mengetuai untuk merancang,melaksana dan menyelia aktiviti persatuan. Beberapa bulan sebelum program dilaksankan, kami AJK telah merancang dahulu program ini setelah dimaklumkan oleh pensyarah pembimbing kami iaitu Cik Asiah Binti Mohammad Hashim dan beliau membantu bagi memperjelaskan lagi tentang program tersebut.  Semasa program berlangsung,saya bersama AJK dan rakan-rakan dari kelas KDPM 2011 bersama-sama melakukan persiapan untuk majlis perasmian pameran sehari sebelum berlangsungnya majlis.

Semasa hari berlangsungnya program pameran saya merasa teruja dan agak gementar kerana ini adalah kali pertama saya diberi tugas yang besar. Akan tetapi saya rasa sanagt bersyukur denagn bantuan dan dorongan dari  AJK seperti setiausaha program yang banyak membantu menyiapkan kertas kerja serta membuat teks ucapan pengarah serta teks ucapan saya sebagai wakil pelajar. Sewaktu majlis berlangsung, saya rasa sangat takut dan begitu gementar untuk menyampaika ucapan dihadapan semua orang.

Pada mulanya memang takut tetapi setelah beberapa minit saya rasa dapat mengawal perasaan dan saya dapat banyak nasihat serta bimbingan dari pensyarah dan Datin sendiri tentang protokol sewaktu majlis rasmi. ini adalah pengalaman pertama saya serta banyak ilmu yang dapat saya pelajari dan akan saya praktikkan di lapangan. Pelbagai komen positif yang saya terima sepanjang program berlangsung. Selepas berakhir program,saya sebagai pengerusi bersama pensyarah penasihat bersama-sama melakukan “port mortem” program.ini bertujuan bagi menambah baik lagi program dimasa hadapan .

Pelbagai maklumat serta nasihat yang diterima oleh saya supaya dapat di perbaiki dan dijadika teladan dan tauladan bagi melaksanakan program-program lain sewaktu di IPGKBM atau disekolah saya nanti.Ini terbukti berkesan kerana selepas pulang kelapangan, saya berpeluang bekerjasama melaksanakan majlis di tabika,segala ilmu yang diperolehi dapat saya gunakan semasa itu.




Nama             : Norlida bt Mohd Sapiai
No Matrik       : 2012240008
JK                   :Setiausaha.

Di dalam Program pameran fotografi anjuran Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi saya telahpun dilantik sebagai Setiausaha yang akan menyediakan kertas kerja bagi program yang telah dirancangkan pada  5 Disember 2013 di Ruang Legar Menara IPGKBM.

Saya telah menyediakan. kertas kerja yang lengkap berpandukan pada infomasi yang telah menyediakan kertas kerja yang lengkap berpandukan pada infomasi yang telah diberikan pada saya oleh Pengerusi Persatuan.
Saya  telah membuat minit mesyuarat yang telah diadakan oleh persatuan  sebelum mengadakan program pameran fotografi.Saya juga telah menyediakan teks ucapan pengarah bagi majlis perasmian program pameran fotografi dan teks ucapan wakil pelajar.Alhamdulillah  segalanya berjalan dengan lancar.

    Kesimpulannya,tugas saya sebagai Setiausaha juga amat mencabar kerana menyediakan kertas kerja yang merupakan nadi pada perancangan yang kami rancang ini.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada rakan-rakan guru pelatih yang banyak membantu saya dalam menyediakan kertas kerja ini bersama-sama sehingga kem motivasi kali ini dapat berjalan dengan lancar walaupun banyak halangan dan pengorbanan yang perlu dilakukan.

Sekian ,terima kasih.



Nama              : Fauziyah bt Amir
No Matrik       : 2012240004
JK                   : Bendahari Persatuan TMK

Di dalam program Pameran fotografi saya telah di lantik untuk menjadi bendahari di dalam mesyuarat Ahli jawatankuasa yang telah diadakan.Tugasan saya adalah membuat kutipan dan pembayaran.Saya juga telah merekodkan segala perbelanjaan wang keluar dan masuk.

ANGGARAN PERBELANJAAN
PERSATUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
ANJURAN BERSAMA KDPM KDC KEMAS AMBILAN 2012 & 2011.

Tarikh
Pendapatan
RM
Tarikh
Perbelanjaan
RM

03.12.2013




03.12.2013




03.12.2013

Kutipan
kelas 2A
2012



Kutipan
kelas 2B
2013



Kutipan
kelas B 2011

360.00




390.00




350.00

04.12.2013




04.12.2013




04.12.2013




04.12.2013

Hadiah




Phostostat




Makanan




Banner




JumlahPerbelanjaan
Baki di tangan

499.10




95.70




325.00




180.00





1100.00
-


JUMLAH
1100.00
1100.00


Disediakan  oleh :                                                              Disemak oleh :


……………………                                                         ….….………………
(FAUZIYAH BINTI AMIR)                                              (                           )
Bendahari
PersatuanTeknologi Dan Komunikasi


NAMA              Fasihah bt Mansor
: Nor Hidaiyu bt Abdul Halim
: Dayang Idrawati bt Ismail
JK                   : SIARAYA

Pada mesyuarat pertama untuk program aktiviti Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi KDPM KDC Kemas ambilan November 2012, gabungan kelas kumpulan A dan B  telah sebulat suara melantik Fasihah Binti Mansor ,Dayang Idrawati Binti Ismail dan Nor Hidaiyu Bt. Abdul Halim sebagai ahli jawatankuasa Siaraya untuk aktiviti Pameran Fotografi bagi Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Antara tugas – tugas ahli jawatankuasa Siaraya ialah sebelum program bermula ,kami membuat slide program menggunakan microsoft power point,menjemput bahagian media untuk membuat liputan program,membuat video kenangan pelajar untuk ditayangkan,ketika program menguruskan peralatan siaraya untuk setiap aktiviti,menguruskan slide program untuk majlis perasmian pembukaan ,menguruskan tayangan video kenangan pelajar sebelum pameran dijalankan,menguruskan muzik  nyanyian lagu Negaraku,menguruskan muzik perarakan masuk tetamu kehormat,menguruskan slide video sebagai simbol perasmian danselepas program Memastikan peralatan siaraya mencukupi mengikut kuantiti asal serta membuat penilaian (post mortem) tindakan tugas.

Selepas itu kami mengambil borang Tempahan Menggunakan Kemudahan Multimedia di Unit Multimedia tingkat 8  Menara IPGuntuk prosespeminjaman peralatansiaraya seperti Sistem Siar Raya Mudah Alih ( 1 ), mikrofon ( 3 ) dan wayar penyambung ( 2 ). Setelah borang lengkap di isi, borang diserahkan kepada Setiausaha iaitu Norlida Binti Mohd Sapiai.

Pada 5 hb Disember 2013 kami telah menggunakan Sistem Siaraya Mudah Alih di Ruang Legar ,Menara IPG Kampus Bahasa Melayu. Peralatan itu telah digunakan dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.30 tengahari.

Pemulangan peralatan siaraya telah dilakukan pada hari yang sama bersamaan dan kami telah memulangkan peralatan tersebut di Unit Multimedia di Tingkat 8 Menara Ipg.


Nama             : Norhayati bt Jalil
No Matrik       : 2012240007
JK                   :PERSIAPAN PENTAS

Program Pameran dan Fotografi dalam Persatuan Teknologi maklumat anjuran KDPM KDC Kemas ambilan Nov 2011 dan Nov 2012 adalah gabungan  daripada aktiviti yang terancang dari segi pengurusan masa,kewangan dan perlu melalui beberapa peringkat iaitu sebelum program dijalankan,semasa program dijalankan dan selepas Program TMK.Proses untuk menjayakan sesuatu program seperti ini akan mengambil masa dan bermula dari peringkat awal penubuhan jawatankuasa sehingga kepada mesyuarat post-mortem bagi menilai keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Peringkat pertama adalah berkaitan dengan segala aktiviti yang dijalankan sebelum program ini dilaksanakan.Pada peringkat ini,kami telah diberi taklimat ringkas untuk mengadakan program TM oleh Pensyarah bertanggungjawab oleh En Ahmad Taufix bin Mahat.Kehadiran semua pelajar untuk wajib untuk semua peserta.

Selepas taklimat diberikan,kami telah mengadakan perbincangan bersama bagi memilih lalu menubuhkan jawatankuasa untuk melaksanakan program TMK ini.Ini adalah mesyuarat yang pertama diadakan yang mana tugas-tugas ahli jawatankuasa telah diterangkan oleh pengerusi.Setelah ahli jawatankuasa dilantik barulah tugas dan peranan ahli jawatankuasa yg dilantik memainkan peranan.Saya memegang peranan yang cukup besar bagi memastikan kelicinan program yang diadakan.

Setelah membuat pesanan barang yang dikehendaki tempat haruslah ditentukan kedudukan yang sesuai.Foyer bangunan baru digunakan sebagai tempat pameran.Setelah itu barulah peralatan disusun mengikut seperti yang dirancang.Pada pagi hari pameran kehadiran peserta adalah wajib supaya kelancaran program yang diadakan akan berjaya.

Ahli jawatankuasa yang lain telah memberi kerjasama yang baik dan ini akan memberi faedah kepada setiap ahli.Justeru berdasarkan kepada beberapa perkara diatas saya akan jadikan panduan di masa akan datang.

Nama              : Fauziyah bt Amir
No Matrik       : 201220003
JA                   : Hadiah

Assalammualaikum,pada mesyuarat yang lalu saya telah di lantik untuk menjadi Ajk Hadiah bagi Program Pameran Fotografi untuk Persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Saya merasakan tugasan yang di berikan kepada saya adalah amat mencabar,kerana saya terpaksa memikirkan hadiah yang sesua iuntuk para peserta pertandingan bagi acara fotografi.Saya juga terpaksa memikirkan hadiah yang sesuai untuk para pengadil pertandingan dan juga hadiah untuk VIP. Rakan-rakan sekelas juga banyak membantu dalam member pendapat hadiah apa yang patut di beli untuk para peserta pertandingan dan juga untuk VIP.Hubungan yang baik dan kolaborasi bersama rakan,sedikit sebanyak member sumbangan dalam saya membuat pembelian hadiah.

Saya juga perlu menentukan dan mengira peruntukan untuk membeli hadiah tersebut. Itu dapat mengajar diri saya untuk menggunakan dan membeli hadiah mengikut peruntukan yang disediakan. Saya juga perlu memastikan hadiah itu tidak lebih dari peruntukan yang diberi.Selain itu ia merupakan amanah kepada saya dalam menyelesaikan pembelian hadiah tersebut,

    Bantuan dari rakan yang baik hati dan pemurah dapat membantu saya dalam menyempurnakan tugasan ini.Saya juga harus memastikan semua hadiah yang telah di beli berada dalam keadaan baik sehingga hari pertandingan fotografi di adakan.
Saya juga harus memastikan acara penyampaian hadiah dapat di lakukan dengan sempurna semasa hari pertandingan itu di adakan.Dengan bantuan dari beberapa rakana cara penyampaian hadiah dapat di jalankan dengan sempurna.




Nama             : Nurul nor Ziela bt Ahmad Fodoli
No Matrik       : 2012240011
JK                   :PENGECARAAN MAJLIS

Syukur ke hadrat Ilaahi di atas limpah kuriniaNya saya telah Berjaya menyiapkan folio pengurusan persatuan teknologi maklumat di IPGKBM KL. Pameran fotografi telah berlangsung pada 5 Disember 2013. Pameran tersebut telah diadakan di ruang legar Menara IPGKBM KL.  Jutaan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat terutamanya kepada Cik Asiah Binti Hashim dan Encik Ahmad Taufix Bin Mahat atas tunjuk ajar serta bimbingan kepada kami sehingga kami selesai melakukan pameran fotografi ini dengan jayanya.

Pameran fotografi telah memberi banyak ilmu yang bermanfaat kepada saya. Terima kasih tidak terhingga kepada ahli jawatankuasa kerana telah memilih saya sebagai pengerusi majlis. Terima kasih juga kerana memberi saya sepenuh kepercayaan dalam mengendalikan majlis sebagai pengacara majlis. Saya telah berpasangan menjadi pengacara majlis dengan Zalina iaitu pelajar daripada KCD KDPM KEMAS 2011. Kami telah bergerak secara berkolaborasi.

Kami bersama-sama berkongsi idea dalam penyediaan teks pengacaraan majlis. Setelah penyediaan teks pengacaraan majlis, kami telah berjumpa dengan Ketua Unit Kokurikulum iaitu Encik Noor Aizuddin Bin Mohd Nordin untuk memeriksa teks pengacaraan kami. Terima kasih tidak terhingga kepada En. Noor Aizuddin kerana telah memantapkan kembali teks pengacaraan kami. Banyak perkara yang saya pelajari sepanjang memegang jawatan pengacara majlis. Saya telah belajar cara penyediaan teks yang baik. Saya juga telah belajar menggunakan intonasi yang sesuai untuk menjadi seorang pengacara majlis.

Saya juga dapat belajar membahagikan tugas dengan pasangan saya untuk menjadikan program tersebut menjadi menarik. Selain itu, saya juga dapat belajar cara-cara berkomunikasi di khalayak umum dengan lebih berkesan. Ada juga beberapa kelemahan yang perlu saya perbaiki untuk menjadi pengacara majlis yang baik. Saya perlu belajar lagi ilmu-ilmu pengacara majlis. Saya perlu mempelbagaikan lagi pantun agar teks menjadi lebih menarik. Intonasi suara saya juga perlu saya perbaiki kerana saya menyampaikan teks terlalu laju. Saya juga perlu belajar mengawal perasaan gemuruh agar saya tidak tersilap menyebut perkataan atau nama-nama tetamu VIP beserta jawatan.

Berbekalkan pengalaman menjadi pengacara majlis di IPG dalam mengendalikan program terutamanya program fotografi banyak memberikan saya input yang berguna untuk saya jadikan panduan di lapangan. Saya belajar menjadi lebih berani untuk bercakap di khalayak umum. Saya dapat mempelajari ilmu penulisan teks pengacaraan majlis dengan mantap lagi. Selain itu, saya dapat mempelajari cara untuk menarik perhatian umum untuk mereka memberi perhatian atas pengucapan saya. Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing kerana banyak memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya dalam mengendalikan program. Tugas sebagai pengacara majlis bukanlah mudah. Tetapi hasil daripada kerjasama daripada semua pihak lebih-lebih lagi pasangan saya, perkara yang sukar menjadi mudah. Saya juga berharap akan dapat memegang jawatan ini lagi untuk program yang akan datang


Nama             : KHAMSIAH BINTI RAMLI
No Matrik       : 2012240004
JK                  : KEBERSIHAN

Sebagai ahli jawatan kuasa kebersihan saya perlulah memastikan perjalanan majlis lancar, tempat serta makanan yang disediakan semuanya dalam keadaan yang bersih dan terkawal. Tahap kebersihan tandas dan bilik air juga juga harus diutamakan.

Sebelum majlis berlangsung, saya dan rakan telah memastikan bahawa tiada sampah atau sebarang kekotoran di dalam bilik air. Plastik sampah dan tong sampah disediakan dengan secukupnya dan diletakkan di tempat yang dibenarkan. Tempat majlis berlangsung juga haruslah bersih dan tiada serangga seperti semut atau lipas di situ. Ruang makan serta peralatan seperti pinggan, mangkuk, cawan, gelas, sudu, garfu juga hendaklah dalam keadaan yang bersih.

Semasa majlis sedang berlangsung, saya juga melakukan perkara yang sama iaitu memastikan tahap kebersihan tempat majlis, bilik air, ruang makan dan peralatan yang digunakan adalah memuaskan. Peralatan di meja makan seperti tisu dan napkin juga disediakan. Selesai majlis, saya dan rakan-rakan telah membersihkan tempat majlis. Kami mengutip serpihan kertas warna, bunga manggar, kertas-kertas, tisu, pembalut gula-gula dan botol air mineral tidak kelihatan lagi di tempat itu.

Setelah memastikan semuanya dalam keadaan bersih seperti sedia kala dan berpuas hati dengan tahap kebersihannya baharulah saya dan rakan-rakan meninggalkan tempat majlis tersebut. Sesungguhnya kebersihan itu amat penting dalam kehidupan kita. Ia harus dipupuk dari awal lagi sesuai dengan tugas saya dan rakan-rakan yang lain supaya menanamkan sikap pentingkan kebersihan dalam diri sendiri kepada anak-anak didik kami di prasekolah. Semoga anak-anak didik kami dapat meneruskan kehidupan dalam suasana alam persekitaran yang bersih dan indah.
Sekian, terima kasih.


REFLEKSI
Nama             : Siti Maizaton Fozian bt Yahaya
No Matrik       : 2012240013

Syukur Alhamdulillah pada refleksi ini,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami, Cik Asiah Binti Hashim  dan rakan-rakan, kerana telah selesai dengan jayanya Pameran Persatuan TMK bertempat di Ruang Legar Menara IPGKM pada 5 hb Desember 2013.

             Pameran ini hasil kerjasama KDPM KDC KEMAS 2011 dan 2012.Tema kami adalah  Flora dan Fauna.  Walaupun berbagai halangan dan isu yang berlaku,ianya berpunca dari kami semua kerana kurang kemahiran dan tidak bertanya dengan Pensyarah dan dari rakan-rakan yang terdahulu khususnya. lngin saya berkongsi pengalaman sebelum program berlangsung,kami diberi penerangan oleh Cik Pn. Asiah tentang Pameran yang akan kami jalankan,kemudian kami diminta mengambil gambar di sekitar  IPG.

Walaupun tahu apa itu Flora dan Fauna,saya masih terfikir gambar apakah yang perlu saya ambil akhirnya saya mengambil gambar seekor mengkarung . Mengkarung adalah spisis cicak.Walaupun kuran mahir,kerana kami semua tidak ada kemahiran untuk mengambil gambar tetapi atas bimbingan Pensyarah, kami dapat menghasilkan gambar dengan baik,setelah itu kami semua membuat persiapan di Ruang Legar Menara IPG dengan bantuan dan kerjasama rakan-rakan semua.

Selain dari pameran fotoshoot, berlangsung juga Pameran Brosur.Sebelum ini saya tidak tahu langsung cara membuat brosur.Kemudian dengan bantuan rakan-rakan,saya dan rakan saya Sarina Binti Khalid telah berjaya menjadi pemenang Brosur terbaik..Terima kasih tidak terhingga kepada Cik Pn. Asiah kerana memberi peluang dan pengalaman baru kepada kami.  Tahniah dan terima kasih kepada rakan-rakan semua kerana telah menjayakan Pamera Fotografi yang bertemakan Flora dan Fauna dengan jayanya.

Sekian terima kasih.


Rujukan :

Amir Hamzah Aman.(2014).Panduan Pengurusan ko kurikulum.Penerbit: Multimedia Sdn Bhd.

Dr Tam Yeow Kwai.(2010). Pengurusan Ko Kurikulum.Penerbit:Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Nota pengurusan PPersatuan Cik Asiah bt Hashim dan  En Ahmad Taufix bin Mahat
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/1591-susunan-keutamaan-bendera.html

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/1593-susunan-dan-kedudukan-bendera-malaysia-apabila-dikibarkan.html